Jom Ramai2 Follow

Sunday, September 2, 2012

Cucur Roti Udang

Bangun pagi hari minggu ni terfikir-fikir nak breakfast apa...Hari minggu jer aku ada masa nak buat proper breakfast...kalau hari keje,makan aje apa yang ada dan segera...ekkekee

So,pagi ni aku breakfast cucur roti udang...layannn..



Bahan-bahan(2 orang makan)

4 keping roti
1 biji telur
sedikit udang
1 biji cili merah
1 biji bawang
garam
air

Cara-cara
1)Letak roti di dalam bekas dan tuangkan air panas sedikit.Tekan sedikit sehingga roti menjadi lembik.
2)Masukkan telur dan garam secukupnya.Gaul
3)Masukkan udang,bawang,cili.Gaul sehingga boleh membentuk cucur
4)Panaskan minyak dan mula menggoreng.
5)Hidang bersama sos cili....;)

Saturday, September 1, 2012

Mini Piza

Simple mini pizza....tengah malas-malas pun boleh buat asalkan bahan mencukupi.



Bahan-bahan

Roti
Sosej
Mayonis
Sos Cili
Cheese

Cara-cara
1.Rebus sosej dan potong kecil
2.Susun sosej yang telah dipotong ke atas roti
3.Letak mayonis,sos cili,cheese atas sosej
4.Masukkan dalam microwave (aku guna sensor nak panaskan lauk tu aje).Sekadar nak panaskan + cairkan cheese.

Enjoyyyy....

Sunday, June 3, 2012

Kek Batik Arora



Kek Batik Arora

Bahan-Bahan

250g Mentega
100g Gula Kastor
1/2 Cawan Susu Pekat Manis
250g Tepung Gandum
6 Biji Telur
2 Sudu Teh Serbuk Penaik
1 Sudu Teh Ovalette
Beberapa Pewarna dan Perisa

Cara-Cara

1.Pukul mentega,ovalette dan gula sehingga kembang memutih.
2.Masukkan susu pekat manis dan pukul sebati
3.Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga sebati.
4.Masukkan tepung+serbuk penaik yang telah diayak ke dalam adunan tadi.
5.Bahagikan adunan kepada berapa warna yang anda ada.Setiap warna masukkan satu perisa mengikut kesukaan.
6.Tompok-tompokkan setiap warna secara selang seli dalam loyang sampai habis.
7.Bakar kek ke dalam oven pada suhu 180 darjah celcius selama 45-1 jam.

Saturday, May 5, 2012

Apam Polkadot



Bahan-bahan

3 biji telur gred A
220 gram gula halus
275 gram tepung gandum
150 ml susu segar
1 sudu kecil ovalette
3 sudu kecil baking powder
Pewarna
Jam Strawberry

Cara-cara

1)Masukkan semua bahan (kecuali pewarna,jam strawberry)ke dalam mangkuk dah pukul
hingga kembang
2)Bahagikan adunan ke beberapa bahagian (bergantung berapa warna anda mahu),kemudian
titiskan pewarna
3)Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag
4)Picitkan adunan ke dalam separuh mangkuk kertas
5)Letakkan filing jam strawberry
6)Picitkan lagi adunan sama warna sehingga hampir penuh mangkuk kertas
7)Picitkan dot dot dengan warna pilihan.Kukus selamat 15 minit atau hingga masak.